KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan bakal membincangkan berkaitan pindaan ke atas Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 pada sidang Parlimen akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, langkah berkenaan dilihatkan membolehkan FAMA memperluaskan peranannya dalam memasarkan pertanian dan ternakan.
“Ia juga dapat membantu usahawan tani serta penternak memasarkan produk masing-masing dengan lebih efektif
“Kita juga mahu mengambil turut sama mengedarkan produk ternakan sekaligus menstabilkan rantaian bekalan produk agar bekalan tidak mengalami sebarang gangguan dipasaran. FAMA ketika ini hanya memasarkan produk agromakanan bukan ternakan.
“Oleh itu, kita mahu membawa cadangan pindaan ini ke sidang Parlimen terdekat,” katanya ketika sidang media selepas lawatan kerja serta Program Penyampaian Sumbangan MAFI Prihatin di Pejabat FAMA Negeri hari ini. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929