KANGAR – Sebahagian besar kes positif Covid-19 yang dicatatkan di negeri ini hari ini adalah berpunca daripada kontak rapat selain melibatkan tahanan di Pusat Koreksional Perlis.
Perlis mencatatkan peningkatan kes pada hari ini iaitu 41 kes baharu berbanding hanya sembilan kes pada semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, kes positif itu melibatkan 23 kes tempatan, tiga kes import dan 15 lagi melibatkan tahanan.
Katanya, kebanyakan kes tempatan adalah hasil saringan kontak rapat terdiri daripada ahli keluarga seperti kes di Kuala Perlis dan Chuping serta kontak rapat dengan rakan sekerja di Beseri dan Sanglang.
“Kes ini diperoleh daripada saringan sebelum ini dan bukannya kes baharu disebabkan Perlis memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Rabu lalu.
“Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929