fbpx

“Kalau semua letak jawatan siapa hendak buat kerja.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Abd. Muttalib (kanan) meninjau proses vaksinasi pada Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3 di Maran hari ini.

MARAN – Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib menegaskan kekal dengan pendirian dan tidak akan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kerajaan Perikanan Nasional (PN) meskipun mendapat arahan daripada pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata, tindakan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri tidak wajar dalam keadaan negara berhadapan pandemik Covid-19 apatah lagi Muhyiddin telah mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang memperkenankan supaya usul undi tidak percaya dijalankan di Parlimen.

“Saya dilantik menjadi ahli Parlimen, matlamat saya untuk berkhidmat untuk rakyat. Saya menyokong Perdana Menteri sama seperti saya beri sokongan kepada Perdana Menteri lain sebelum ini, tidak perlu dipolitikkan.

“Kalau letak jawatan semua sekali, siapa yang hendak buat kerja, kita sudah merasa 22 bulan di bawah kerajaan DAP (pembangkang), mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat,”katanya pada program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, setakat ini beliau belum menerima apa-apa surat makluman mengenai tindakan yang bakal dikenakan parti akibat tindakannya yang secara terbuka menyokong Muhyiddin.

Katanya, sehingga kini dia masih lagi menjadi ahli UMNO dan masih setia dengan parti keramat itu yang masih terus relevan dalam membantu dan membela rakyat.

“Saya hendak pemimpin yang buat kerja, tidak ada penyelewengan, saya hendak pemimpin yang ikhlas bekerja untuk rakyat, bukan yang fikirkan masalah sendiri.

“Kalau (fikirkan) peribadi sendiri, bagaimana kita boleh membela rakyat, negara kita dan agama kita,”ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI