fbpx

Bukan jadi bapa ayam, memang aku ditahan – Tauke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar pengakuan Tauke berhubung isu penahanan seorang pelawak yang tular sejak minggu lalu.

PETALING JAYA – “Kepada yang tidak puas hati, memang saya ditahan untuk bantu siasatan dan saya telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.”

Demikian pendedahan ringkas pelawak, Tauke (Jambu) atau nama lengkapnya, Zamatul Amri Zakaria yang mengaku ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks, baru-baru ini.

Pengakuan tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi, hari ini.

Bagaimanapun, Tauke, 45, menafikan penahanan tersebut adalah berkaitan dengan isu ‘bapak ayam’ dan perkara-perkara seperti yang disebutkan itu.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Tauke yang juga merupakan bekas peserta Raja Lawak musim pertama berkali-kali menafikan dia adalah pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Berdasarkan laporan media, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, pelawak yang ditahan merupakan seorang lelaki dalam lingkungan 40-an ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.

Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat biji telefon pintar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI