PUTRAJAYA – Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 282 diberkas dengan seramai 261 dikompaun manakala 21 lagi direman.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 112 premis yang meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan juga diarahkan tutup kerana didapati masih ingkar SOP.
“Pasukan task force operasi pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,754 kilang, 16,826 premis perniagaan, 773 tapak pembinaan dan 277 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, tiada tangkapan pendatang asing tanpa izin namun tiga kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng selain 909 sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh negara.
Menyentuh kuarantin wajib, katanya, 646 individu tiba di tanah air semalam, dengan jumlah kumulatif seramai 264,663 sudah diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai tahun lalu.
“Sejumlah 9,589 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 83 hotel serta 11 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” jelas Hishammuddin.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929