fbpx

Gol lewat, Sheriddin bangkit selamatkan Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFAEL Vitor (kanan) berjaya meledakkan gol prrtama buat Penang FC dalam perlawanan Liga Super menentang Melaka United FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di George Town malam ini.

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC berjaya memperoleh kemenangan berganda 2-1 pada aksi perlawanan ke-18 Liga Super menentang Melaka United FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini malam tadi.

Gol lewat skuad bimbingan Jurgen Klopp’ Malaysia, Tomas Trucha itu hadir pada babak separuh masa kedua hasil ledakan pemain importnya, Rafael Vitor pada minit ke-75 disusuli Sheriddin Boboev pada minit ke-93.

Pada separuh masa pertama, Penang FC gagal memperoleh gol pendahuluan apabila penyerang import dari Brazil, Casagrande gagal menyudahi hantaran silang pada minit ke-16.

Cubaan Mohamad Al Hafiz Harun melakukan rembatan jauh ke kubu lawan pada minit ke-25 juga masih tidak menjadi apabila sepakan tunggalnya sekadar menerjah ke tepi gawang pasukan pelawat.

Pun begitu, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan juga tidak mahu melepaskan peluang apabila penyerangnya, Sony Norder dilihat beberapa kali cuba merembat bola ke gawang tuan rumah tetapi dikawal kemas barisan hadapan skuad Harimau kumbang.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan tampil lincah mengasak benteng pertahanan lawan masing-masing dengan melakukan beberapa percubaan bagi mengutip jaringan pertama dalam perlawanan itu.

Pada minit ke-66, Penang FC terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain apabila pemain tengahnya, Muhammad Khairu Azrin Khazali dilayangkan kad merah atas halangan yang dilakukannya ke atas.

Pasukan tuan rumah akhirnya mencipta jaringan pertama menerusi sepakan penalti menerusi pemain pertahanan, Rafael Vitor pada minit ke-75 sekali gus mengecewakan Khairul Fahmi Che Mat di tengah kubu lawan.

Gol penyamaan buat Melaka United FC hadir di pengunjung perlawanan pada minit ke-90 apabila penyerang importnya, Giovane Gomes De Silva meledakkan gol kemas ke gawang tuan rumah.

Tidak mahu mengalah, Penang FC menerusi Sheriddin Boboev sekali lagi menyumbat mata kedua buat pasukan pada tambahan masa minit ke-93 sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kedudukan pasukan tuan rumah kekal 2-1 dan Penang FC akan bertemu pasukan Sabah FC pada 14 Ogos ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI