fbpx

Elak sertai perhimpunan 21 Ogos ini -Acryl Sani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan rancangan untuk mengadakan satu perhimpunan jalanan pada 21 Ogos ini sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sedia maklum rancangan untuk mengadakan perhimpunan jalanan tersebut pada 21 Ogos ini.

Acryl Sani

“Tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab kerana melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN), bahkan juga membelakangkan keselamatan kesihatan dalam senario semasa penularan Covid-19.

“PDRM meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan SOP yang sedang berkuatkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut beliau, demi keselamatan kesihatan umum, PDRM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjur atau menyertai sebarang perhimpunan.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dalam perkara ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI