fbpx

Dua nelayan termasuk warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM memeriksa bot gentian kaca bersama dua nelayan di perairan Kuala Gula semalam.

PARIT BUNTAR – Dua nelayan termasuk seorang warga asing ditahan bersama sebuah bot gentian kaca di perairan Kuala Gula di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, dua nelayan itu dipercayai melanggar syarat sah lesen pada jarak kira-kira 0.8 batu nautika barat daya Kuala Gula.

“Hasil pemeriksaan pada nelayan warga Myanmar itu mendapati dia tidak mempunyai permit dan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tekong bot yang merupakan warga tempatan itu pula bukan pemilik asal bot gentian kaca tersebut dan ditahan untuk siasatan,” katanya di sini.

Dua nelayan, bot bersama peralatan menangkap ikan itu kemudian dibawa ke jeti zon Maritim Kuala Kurau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI