JAKARTA – Seorang gadis menjadi tular di aplikasi sosial TikTok selepas membuat pendedahan bahawa dia tidak menyangka dirinya yang dahulu pernah dihina dan diejek kerana memiliki kulit gelap kini berpacaran dengan seorang lelaki ‘Mat Salih’ yang tampan, lapor laman Suara.com.
“Buat anda yang sering mengejek dan berkata saya tidak mungkin dapat teman lelaki yang kacak, anda apa khabar?” tulis gadis itu yang disertai gambar dia bersama teman lelakinya.
Menurut gadis itu, sebelum ini, dia sering mendapat ejekan daripada orang sekeliling tentang keadaan fizikalnya.
Dia mengaku sering diejek kerana bentuk wajah, badannya yang kurus serta warna kulitnya membuatkan tiada lelaki mahu menjadi kekasihnya.
Namun, tanggapan tersebut silap sama sekali apabila gadis tersebut kini memiliki buah hati yang cukup tampan.
“Kepada wanita di luar sana, maaf ya, saya mempunyai teman lelaki yang kacak dan baik,” tulis kenyataan dalam videonya.
Kisah gadis itu menarik perhatian netizen yang rata-ratanya meminta gadis itu berkongsi tip untuk mendapatkan teman lelaki sekacak itu.
“Kita sebenarnya cantik dan tampan, cuma kita berada di negara yang salah,” tulis seorang netizen.
“Tolong ajar saya untuk mendapatkan teman lelaki seperti itu,” tulis seorang lagi netizen.
Video tersebut mendapat 3.7 juta tontonan setakat ini. -Agensi