MERSING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan helikopter jenis MI-17 dan menggunakan tiga unit bot bagi membantu misi penghantaran 200 unit vaksin untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak di kepulauan daerah ini.
Pengarah JBPM Negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, program berkenaan telah berjalan bermula 5 Ogos sehingga hari ini bagi suntikan dos pertama kepada 200 orang penerima.
Katanya, aset helikopter dikendalikan oleh Timbalan Penguasa Bomba I Ahmad Fissol Ismail dan dibantu oleh Penolong Penguasa Bomba Amir Fitri Salim termasuk tiga orang kru penerbangan.
“Aset digerakkan bagi membantu misi penghantaran 200 unit vaksin untuk kegunaan PPV bergerak di kepulauan dalam daerah Mersing.
“Turut serta dalam misi penghantaran tersebut adalah Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed, Ketua Zon 2 bersama Penolong Penguasa Bomba Mohd Azhari Awi, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing,”katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929