fbpx

12,000 anggota APM lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. REDZUAN(tengah) dan Roslan (kiri) pada majlis Pemakaian Vest Pemerkasaan Komuniti dan Pangkat APM di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Kesemua kira-kira 12,000 anggota tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 sekali gus meletakkan mereka lebih bersedia dan yakin untuk bertugas di barisan hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, usaha itu seiring dengan hasrat kerajaan dalam memastikan APM turut berperanan dalam bersama-sama mengekang penular wabak Covid-19 dalam komuniti.

Peranan itu jelasnya, termasuk bermula dengan penugasan di stesen kuarantin (Home Surveillance Centre) sehingga diberi tanggungjawab sebagai Agen Basmi Covid-19 (ABC-19).

“Setiap amanah yang diberikan kerajaan untuk APM berperanan di lapangan dalam mengekang penularan pandemik Covid-19 telah dilaksanakan dengan jayanya.

“Saya yakin dengan kemampuan dan kesungguhan yang diberikan, matlamat dalam menangani Covid-19 ini dapat dicapai,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat Pemerkasaan Komuniti dan Majlis Pemakaian Vest Pemerkasaan Komuniti dan Pangkat APM Pulau Pinang di sini yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI