fbpx

Ya, dahulu saya pernah kutip tin untuk hidup – Ropie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROPI mengakui pernah menjual tin dan barangan terbuang untuk kehidupan sewaktu tiada tawaran lakonan sekitar awal tahun 2000.

PETALING JAYA – “Kehidupan saya sekarang okey. Kisah kutip dan jual tin itu cerita lama”.

Itu respons pelawak dan pelakon terkenal Ropie sekali gus meleraikan persoalan dan salah faham ramai mengenai keadaan hidupnya yang digambarkan kembali mengutip tin kosong ekoran desakan hidup. 

Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin, 54, berkata, kehidupannya ketika ini berjalan seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesukaran hidup seperti yang kecoh dalam media sosial. 

“Kisah kutip tin itu berlaku pada tahun 1999 masa awal-awal kumpulan Cecupak dibubarkan. Saya sendiri hairan dan betul-betul terkejut selepas dihubungi seorang kenalan yang merupakan orang kenamaan dan tiba-tiba mahu membantu saya dan isteri. 

“Saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana masih lagi mampu setakat ini. Bagi saya, lebih baik bantuan dan sumbangan yang ingin diberikan kepada kami itu disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya kepada Kosmo!. 

Tambah Ropie atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Kodi, biarpun pandemik melanda, dia bersyukur kerana masih mendapat tawaran kerja hingga ke hari ini.

“Alhamdulillah tawaran kerja ada seperti biasa. Tawaran dari segi lakonan, iklan, ulasan berbayar dan lain-lain tetap berjalan selain perniagaan makanan ringan yang saya dan isteri usahakan. 

“Jadi dari mana datang cerita yang saya kembali susah? Bila masa saya mengutip dan menjual tin kosong seperti yang digembar-gemburkan itu?” soalnya. 

Terdahulu, tular dakwaan dalam media sosial mengatakan kehidupan Ropie kembali susah hingga memaksa dia kembali mengutip tin kosong demi meneruskan kehidupan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI