KAJANG – Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dipercayai selepas terperangkap dalam sebuah lif yang terkandas di pangsapuri di Jalan Sungai Long, di sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.13 pagi.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa.
“Setibanyak di lokasi kira-kira pukul 11.21 pagi, pasukan mendapati mangsa yang berusia 63 tahun sudah dikeluarkan dari lif tersebut oleh pekerja penyelenggara pangsapuri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Norazam berkata, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
“Lif berkenaan juga berjaya dibuka oleh pekerja penyelenggaran ketika anggota bomba tiba di lokasi,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929