fbpx

Tiga lelaki ditahan terlibat curi lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dengan kes curi lori yang dilaporkan hilang pada 3 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, hasil risikan selama dua hari oleh sepasukan polis dari D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berjaya menangkap tiga suspek berkenaan di Gombak dan Selangor.

“Pihak polis juga berjaya merampas sebuah lori jenis Nissan warna kelabu.

“Tangkapan yang dibuat melibatkan dua orang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 30 hingga 50 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Idzam berkata, hasil semakan juga mendapati ketiga-tiga suspek memiliki beberapa rekod jenayah dan dadah.

“Ketiga-tiga suspek ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan suspek telah dibenarkan oleh mahkamah untuk direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga hari bermula 5 Ogos bagi melengkapkan siasatan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengunci kenderaan dan menjaga harta benda dengan baik,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI