PETALING JAYA – Ketiadaan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam sidang akhbar Ahli Parlimen UMNO hari ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau bersama 31 Ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya
Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pihaknya tidak dapat menghubungi Ketua Wanita UMNO itu kerana telefonnya ditutup.
“Saya ingat Noraini tutup telefon. Dia ada mengadu pada saya semalam bahawa dia serabut dan pening kepala,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929