PUTRAJAYA – Rakyat di negeri Selangor menunjukkan teladan yang baik dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa Hari Raya Aidiladha baru-baru ini selepas tiada kluster berkaitan dengan perayaan itu dilaporkan di negeri Selangor selepas tarikh 20 Julai sehingga kini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, peningkatan kes di negeri itu hasil saringan terkait kluster sedia ada yang berkaitan kluster-kluster tempat kerja dan tapak pembinaan.
“Tiada kluster yang berkaitan perayaan Hari Raya Aidiladha yang dilaporkan di daerah-daerah di Selangor.
“Adalah sukar untuk mengaitkan perayaan Hari Raya Aidiladha dengan peningkatan kes di Selangor, tetapi lebih kepada jangkiti dalam komuniti yang telahpun meluas sejak sebelum perayaan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar Kementerian Kesihatan (KKM) secara maya di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Komander Greater Klang Valley Special Task Force, Datuk Dr. Chong Chee Kheong, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929