fbpx

Taman perumahan catat kes denggi tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai disaran untuk memastikan tiada takungan air di sekeliling rumah. - Gambar hiasan

KLANG – Sikap menjadikan lorong belakang rumah tempat penyimpanan barang dan bekas tadahan air hujan terbiar tanpa ditutup menyebabkan taman perumahan di daerah ini menyumbang kes denggi tinggi, bulan lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, berdasarkan rekod sebanyak 107 kes dilaporkan bulan lalu dengan 69 peratus daripadanya di taman perumahan.

Katanya, manakala 21 peratus adalah pangsapuri dan selebihnya termasuk di kawasan kampung.

“Antara lokasi yang dikenalpasti menjadi lokaliti wabak denggi adalah Bandar Putera, Bandar Bukit Tinggi, Taman Sentosa, Pandamaran Jaya dan Pangsapuri Taman Permai Indah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadzli menambah, antara faktor lain adalah barangan terpakai dan tahap kesedaran warga asing yang rendah.

Beliau berkata, kesemua itu menyebabkan risiko jangkitan kepada penduduk sekitar.

“Kita akan mempergiatkan aktiviti pencegahan secara bersama Pejabat Kesihatan Daerah Klang dalam memastikan wabak berkenaan dapat dikawal,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI