TAIPING – Premis makan-makan popular di daerah ini iaitu gerai Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Matang dekat sini terpaksa ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ia berikutan Kampung Menteri Kuala Sepetang, Matang termasuk dalam kawasan PKPD yang bermula hari ini sehingga 16 Ogos.
Gerai yang terletak di kiri jalan dengan jarak dua kilometer dari pekan Kuala Sepetang ini merupakan tempat persinggahan wajib pengunjung untuk merasai keenakan mi dengan udang bersaiz besar.
Penutupan gerai mi udang popular ini turut mendapat reaksi orang ramai di laman sosial Facebook Viral Perak.
“Alahai udah PKPD pulak…bila le agaknya nak gi makan kat sini lagi,” komen Ekin Syikin
“Adoi mee udang Mak Jah pulak dia tunjuk, lama dah tak gi wei…” ujar Azhar Haji Hussin Basri pula.
“Mee udang makjah, sedapnyaa! udang gemok-gemok,” kata Uminadzrah Ishak.
Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin mengumumkan sembilan lokaliti di lima negeri termasuk Perak dikenakan PKPD berikutan peningkatan kes Covid-19. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929