fbpx

Presiden UMNO perlu beri penjelasan – Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid (kiri) dan Noh Omar

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan Kabinet berhubung keputusan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, Ahli Parlimen UMNO yang sedang memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri maklum keputusan UMNO tersebut, tetapi mereka mahukan penerangan yang lebih jelas.

“Saya bersetuju dengan rakan Ahli Parlimen bahawa Presiden UMNO hendaklah mengadakan perjumpaan bagi memberi penerangan. Majoriti Ahli Parlimen UMNO ini tidak terlibat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,” katanya pada sidang media hari ini.

Ahmad Zahid sebelum ini mengumumkan ketetapan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan menuntut supaya Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI