fbpx

Lima ditahan, dadah RM1.2 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas dalam operasi tersebut.

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan yang aktif di sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd. Latif berkata, seramai lima suspek dipercayai terlibat dengan sindiket itu ditahan menerusi Ops Conglomerate.

“Risikan selama sebulan ke atas sindiket itu berjaya membawa kepada tangkapan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 20 hingga 55 tahun pada 4 Ogos lalu.

“Ketua sindiket ini yang merupakan lelaki tempatan berusia 55 tahun diberkas bersama anak lelakinya berusia 29 tahun yang menjalankan kegiatan mengedar dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sahar berkata, pihaknya turut menyerbu tiga lokasi di Pudu Ulu, Cheras di sini dan Puchong, Selangor.

“Hasil serbuan, polis merampas dadah bernilai RM1,279,523 terdiri daripada 20.38 kilogram (kg) serbuk MDMA, cecair MDMA (26.59 liter), methamphetamine (0.28kg), pil erimin 5 (500 biji), pil ekstasi (65 biji), kapsul MDMA (182 biji) dan wang RM3,420.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua premis itu yang diserbu dijadikan tempat menyimpan dadah dan disewa RM2,150 hingga RM2,200 sebulan,” jelasnya.

Ujian urin kedua-dua suspek didapati negatif dadah manakala tiga yang lain positif methamphetamine.

“Semakan mendapati seorang suspek mempunyai rekod kes dadah dan mereka direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI