fbpx

Polis nafi minta disediakan makanan di kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis menafikan satu mesej tular yang memohon sumbangan bagi menyediakan makanan harian untuk pihak polis selama 10 hari di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Gugusan Semarak, Seksyen 4, Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis tidak memerlukan sebarang bantuan dari mana-mana pihak untuk PKPD yang dijalankan di dalam daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya seperti yang didakwa dalam mesej tersebut.

“Pihak polis mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan sumbangan untuk kepentingan peribadi.

“Mana-mana individu yang telah melakukan bayaran ke dalam akaun bank yang dinyatakan mohon tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar jangan mudah terpedaya dengan sebarang hantaran atau mesej yang tular melibatkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, polis menerima maklumat berhubung mesej yang tular di aplikasi WhatsApp itu pada pukul 7.41 petang tadi.

Mesej itu juga menyatakan sumbangan boleh dilakukan ke dalam satu akaun Maybank di atas penama Bekind Malaysia. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI