fbpx

Pesawat terhempas di Alaska, enam terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat tersebut membawa enam orang penumpang dan terhempas berdekatan Ketchikan. -Universal Images Group

WASHINGTON – Kesemua enam orang yang berada di dalam sebuah pesawat pesiaran terkorban apabila kapal terbang itu terhempas di tenggara Alaska hari ini, kata pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat.

Perkhidmatan kecemasan dikerah selepas menerima isyarat kecemasan sekitar pukul 11.20 pagi (waktu tempatan) pada jarak 13 kilometer ke timur laut Ketchikan di Alaska, kata Pengawal Pantai dalam satu kenyataan.

“Sebuah helikopter jenis MH-60 Jayhawk dari Stesen Udara Pengawal Pantai Sitka mengesan bangkai pesawat itu pada pukul 2.37 petang dan menurunkan dua anggota penyelamat. Mereka melaporkan tiada mangsa terselamat dalam nahas itu,” katanya.

Pesawat yang boleh mendarat dalam air jenis de Havilland Beaver itu membawa lima penumpang dan seorang juruterbang apabila ia berlepas dari Taman Negara Monumen Misty Fjords.

Kesemua penumpang merupakan pelancong yang menaiki kapal pesiaran  Nieuw Amsterdam milik Holland America Line 

“Kami boleh mengesahkan bahawa sebuah kapal terbang membawa lima penumpang daripada Nieuw Amsterdam terlibat dalam kemalangan di Ketchikan, manakala tiada mangsa yang terselamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Mei 2019 seramai enam orang meninggal dunia apabila dua pesawat terapung bertembung di ruang udara semasa penerbangan bersiar-siar. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI