PETALING JAYA – Tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) memadam ciapannya berhubung sektor pengilangan menjadi punca terbesar kluster di Selangor dibidas oleh orang ramai.
Rata-rata mereka berpendapat, tindakan tersebut seakan-akan menunjukkan wujuda arahan daripada pihak tertentu untuk menyembunyikan hakikat sebenar jangkitan Covid-19 di negara ini.
Pengguna Twitter bernama @NizarRahim berkata, ramai yang telah mengambil tangkap layar ciapan KKM yang dimuat naik pukul 10.53 pagi tadi.
“Kenapa padam ciapan itu? Itu kan fakta, mustahil maklumat tersebut tidak betul pula.
“Ada sesiapa yang mengarahkan ciapan itu diturunkankah?” ciapnya hari ini.
Pengguna bernama @tishaaa pula berkata, tindakan memadam ciapan itu sia-sia sahaja kerana ramai sudah menangkap layar ciapan KKM tersebut.
“Admin, siapa marah sampai kena delete ciapan tadi? Kongsi la sikit. Netizen sedia mendengar keluhan admin.” komen @WanAizat pula.
@IamAjak pula memperli KKM dengan berkata: “Daripada update pasal perkilangan, elok update pasal kosmetik. Ye dak?” – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929