PETALING JAYA – Penyanyi Nourul Depp berlapang dada untuk memaafkan semua pihak termasuk, seorang individu yang memohon maaf selepas mengaku pernah mengumpat dan berburuk sangka terhadap dirinya selama ini.
Menerusi satu hantaran tangkap layar yang dikongsikan Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab dalam Instagramnya, penyanyi berusia 44 tahun itu menerima kiriman mesej daripada seseorang yang ingin memohon maaf apabila mengakui pernah bercerita perihal tidak baik tentangnya.
“Assalamualaikum puan Nurul. Saya disini ingin memohon jutaan ampun dan maaf pada puan sekeluarga kerana selama ini saya mengaku ada mengumpat puan. Ampunkan segala dosa-dosa saya puan.
“Saya menyesal atas perbuatan saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan saya lagi,” tulis individu tersebut.
Menjawab kiriman mesej tersebut, Nourul memuji tindakan berani individu terbabit untuk mengakui kesalahan yang pernah dia lakukan, namun pada masa sama dia berasa sedih kerana kerana perkaran itu berlaku (diumpat).
“Sedar itu bagus. Bermaksud ada muhasabah diri. Sedih saya bilat ahu begini. Kalau umpatan itu dimedia sosial, itu bukan lagi tanggungjawab saya untuk memaafkan kerana sudah tersebar.
“Tapi jika antara kawan atau ahli keluarga, itu tidak mengapa. Saya tidak tahu hendak kata apa sebenarnya. Tapi saya puji awak sebab sedar kesilapan dan minta maaf. Sama-sama kita perbaiki. Jaga diri,” balas Nourul.
Kata pelantun lagu Kerana Terluka itu lagi, dia sudi untuk memaafkan kesalahan individu terbabit kerana Allah SWT memandangkan dia juga manusia biasa yang pernah membuat salah.
Pada masa sama, Nourul juga menitipkan nasihat untuk pengikutnya dalam Instagram supaya menjadikan perkongsian tersebut sebagai pengajaran untuk berbuat baik sesame manusia.
“Saya puji awak sebab awak letakkan ego awak jauh-jauh. Semoga Allah SWT lindungi selalu,” tulisnya.
Sekadar info, beberapa perkara oleh Nourul menjadi perhatian netizen antaranya selepas dia membuat pengumuman untuk berhijrah ke Bali, Indonesia bersama keluarganya dalam waktu terdekat serta cerita dia menjual sebentuk cincin pernikahan bersama mantan suaminya, Ajay. -K! ONLINE