PETALING JAYA – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim antara pemimpin UMNO yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut menyokong kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Terdahulu beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengumumkan seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong penuh kerajaan PN dan menolak sebarang usaha menjatuhkan kerajaan PN. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929