fbpx

MMA Perak sumbang 2,000 PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lay Ming (kiri) menerima sumbangan 2,000 PPE daripada MMA Perak di Jabatan Kesihatan Negeri Perak, hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Perak menyumbangkan 2,000 peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM7,140 kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.

Peralatan ini untuk kegunaan petugas barisan hadapan yang sangat diperlukan.

Pengerusinya, Dr. M. Premananda Raja berkata, pihaknya menyedari keperluan mendesak petugas barisan hadapan susulan jangkaan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri ini.

“Dalam lawatan kerja Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ke Perak baru-baru ini, beliau menyatakan terdapat peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

“Keadaan ini sudah pasti akan meningkatkan penggunaan PPE, peralatan kesihatan dan bekalan perubatan.

“Oleh itu, MMA Perak mengambil inisiatif membantu petugas barisan hadapan dengan menyumbangkan 2,000 PPE selepas sumbangan sama diberikan kepada JKN Perak pada Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengarah JKN Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming di Pejabat JKN Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi set PPE terbaharu itu, MMA Perak menaja kos bahan fabrik ‘non-woven’ bernilai RM7,140 di mana ia dijahit oleh sebuah syarikat pembuatan tekstil, Eadeco Sdn. Bhd. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI