SHAH ALAM – Polis mengesan seorang lelaki warga India bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mangsa berusia dalam lingkungan 60-an di belakang deretan kedai di kawasan itu pada pukul 7.06 pagi, 26 Julai lalu.
Katanya, mangsa cedera di muka dan kepala.
“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian kemudian mengenal pasti seorang lelaki disyaki warga India.
“Individu itu dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, mangsa merupakan wanita berbangsa Cina yang berusia dalam lingkungan 60-an.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Hamizi Abu Bakar di talian 012-3920076 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-55202222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929