fbpx

Lelaki gila seks curi, kumpul pakaian dalam wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pakaian dalam wanita yang dijumpai di sebuah rumah yang disewa lelaki warga asing itu di Kampung Kemansur.

BENTONG – Polis menemui beratus pakaian dalam wanita yang dipercayai dicuri seorang lelaki gila seks di sebuah rumah di Kampung Kemansur di sini kelmarin.

Difahamkan suspek yang merupakan warga Vietnam menyewa rumah bersama rakan-rakannya dan tinggal sebilik dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam di rumah yang disewa suspek itu, polis menemukan sejumlah pakaian dalam wanita yang dicuri dan dikumpul suspek yang merupakan warga asing.

“Suspek dikesan apabila seorang lelaki membuat laporan polis selepas beberapa pakaian dalam milik anak perempuannya hilang daripada ampaian di belakang rumahnya di Kampung Kemansur di sini.

“Bertindak atas laporan polis sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong menahan seorang lslaki warga asing berusia 36 tahun,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya suspek ditahan reman selama 14 hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek yang merupakan seorang penganggur telah tamat tempoh pasport sejak 2015.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama ada suspek turut melakukan (mencuri pakaian dalam) di kawasan lain dalam daerah Bentong dan buat masa ini hanya satu laporan polis dibuat,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI