fbpx

Lebih tiga jam pegang mayat rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot dinaiki dua lelaki mengalami kerosakan selepas dilanggar sebuah bot lain di perairan antara Pulau Mamutik dan Pulau Sulug, kelmarin. /FOTO IHSAN PDRM

KOTA KINABALU – Meskipun cedera di kepala selepas bot dinaiki dilanggar, namun seorang lelaki tetap memegang erat rakannya yang sudah meninggal dunia sambil berpaut pada bot sebelum diselamatkan nelayan di perairan antara Pulau Mamutik dan Pulau Sulug, kelmarin.

Bagaimanapun, rakannya Abdul Hasyim Onong, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran cedera parah di bahagian kepala manakala lelaki berkenaan dikenali sebagai Edhar Ahali, 35, kini menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan mendapati semua mangsa dikatakan bertolak dari rumah mereka di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya sekitar pukul 10 malam pada Rabu lalu untuk memancing di lokasi.

“Kedua-dua mangsa dikatakan bergerak pulang pada pukul 2.40 pagi. Namun sewaktu dalam perjalanan pulang, bot dinaiki mereka dilanggar dari arah belakang oleh sebuah bot lain.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke laut manakala bot yang melanggar melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mangsa yang terselamat cuba berpaut di tepi bot sambil menarik badan rakannya yang sudah meninggal dunia sehingga diselamatkan beberapa nelayan kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya, pihak polis berjaya merampas sebuah pam bot bersama enjin yang dipercayai terbabit dalam insiden itu untuk tindakan lanjut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI