fbpx

Kris Wu nafi umpan gadis untuk seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS WU

BEKAS ahli kumpulan EXO, Kris Wu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penglibatannya dalam kes rogol melibatkan gadis remaja.

Menurut laporan polis, Kris disiasat atas tuduhan yang dibuat secara dalam talian kerana memperdaya gadis-gadis muda untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Seorang gadis memberitahu media China bahawa bulan lalu Kris memperdayanya, mengajak minum minuman keras dan melakukan hubungan seks, walhal dia baru berusia 17 tahun.

Berdasarkan kenyataan polis sebelum ini, pelajar itu mendakwa dijemput oleh pasukan Kris ke sebuah rumah untuk uji bakat bagi sebuah muzik video.

Kris bagaimanapun menolak semua tuduhan terhadap dirinya dan mengaku tidak bersalah.

“Saya hanya bertemu remaja itu sekali bersama rakan-rakan. Saya tidak memberikan minuman beralkohol kepadanya.

“Saya juga tidak pernah memaksa melakukan seks atau membuat temu janji untuk keluar bersamanya,” nafi Kris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI