fbpx

Kerajaan tunggu lampu hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tambak Johor.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri sedang menunggu ‘lampu hijau’ dari sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membenarkan pekerja Malaysia di Singapura yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin untuk pulang tanpa perlu dikuarantin di pusat kuarantin.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pekerja Malaysia di seberang Tambak itu yang sudah  melengkapkan dua dos vaksin hanya perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Perkara ini sudah dibawa kepada kementerian terbabit dan setakat ini tiada sebarang bantahan. Kita hanya menunggu hitam putih (keputusan rasmi MKN) untuk membenarkan mereka kuarantin di rumah,” katanya.

Hasni.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hopsital Pakar KPJ Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu.

Pada bulan lalu, satu petisyen atas talian diwujudkan yang memohon supaya pekerja Malaysia di Singapura yang hendak pulang untuk tidak perlu menjalani kuarantin di pusat kuarantin.

Ini kerana kos kuarantin di pusat kuarantin menelan belanja sehingga RM10,000 seorang hingga menjadi kekangan buat pekerja Malaysia di sana untuk pulang ke tanahair dan kekal berada di sana lebih setahun yang lalu.

Menurut Hasni, jumlah pekerja Malaysia di Singapura yang mahu pulang tidak seramai mereka yang mahu masuk ke republik itu untuk mencari peluang pekerjaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI