fbpx

Kerajaan PN masih kerajaan yang sah – Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih sebuah kerajaan yang sah.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun telah bersetuju keabsahan kedudukan kerajaan PN akan ditentukan dalam sidang Dewan Rakyatpada September ini

“Perdana Menteri telah berjanji bahawa usul undi percaya terhadapnya akan dibawa dalam sidang Parlimen pada September.

“Saya bersetuju kerajaan yang ada hari ini yang dipimpin Muhyiddin masih sah sehingga Parlimen bersidang untuk menentukan keabsahan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong penuh kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Mereka termasuk Noh, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menolak sebarang usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI