fbpx

Johor perkenal vaksinasi berbayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (kanan) bertanya khabar kepada seorang penerima vaksin di KPJ Abdul Samad hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Negeri Johor memperkenal program vaksinasi berbayar melalui Johor Vaksin-Immunisation Programme (JVIP) untuk mempercepat pemulihan ekonomi negeri bermula hari ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, JVIP itu merupakan inisiatif kerajaan Negeri dalam menyokong dan melengkapkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini.

Katanya, objektif utama program ini adalah untuk mempercepatkan proses mencapai imuniti kelompok di negeri ini dengan meningkatkan pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja industri dan persendirian.

Tambahnya, sebagai permulaan, 20,000 dos vaksin Covid-19 jenis Sinovac akan dijual pada harga RM350 bagi dua dos lengkap.

“Program ini menyasarkan sehingga satu juta pekerja dari pelbagai industri seperti pembuatan peruncitan, pelancongan dan lain-lain sebagai peringkat permulaan sebelum diperluaskan sepenuhnya kepada orang awam.

“Kerajaan Negeri menyasarkan lebih banyak pembekal sah vaksin Covid-19 dan penyedia khidmat vaksinasi akan menyertai program JVIP ini di seluruh Negeri Johor pada masa akan datang,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin di Hospital Pakar KPJ Johor, di sini hari ini.

Jelas beliau, program itu akan dilaksanakan sepenuhnya melalui ImmuPlan, iaitu platform vaksinasi kerajaan negeri sedia ada yang melaksanakan semua jenis program dan inisiatif yang melibatkan pembekalan vaksin dan syarikat swasta. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI