PETALING JAYA – Kisah seorang lelaki meminta bantuan Petronas agar menghantarnya sebotol air mineral di tandas gara-gara tiada bekalan air mencuit hati netizen.
Lelaki itu dikatakan mahu membuang air besar di tandas stesen Petronas, Lebuh Raya Kajang (SILK), sebelum menyedari tandas tersebut tiada bekalan air.
“Petronas di SILK menghala ke Puchong tiada air. Saya baru lepas membuang.
“Minta kakitangan dia hantar air mineral 1.5 liter, nanti saya bayar. Kat tandas lelaki hujung sekali,” katanya kepada operator aplikasi tersebut.
Dia turut menggesa agar air mineral itu dihantar segera kepadanya.
“Cepat sikit ya. Dah lenguh kaki ni. Terima kasih terlebih dahulu,” katanya.
Netizen turut berkongsi kisah serupa seperti dialami lelaki tersebut.
Faiz Fauzan berkata: “Itu okay lagi, aku dengan rakan-rakan singgah kawasan rehat dan rawat (R&R) Gambang nak buang air. Tiada air beb pukul 2 pagi lebih.
“Cari nombor telefon di Google ada tetapi nombor tiada dalam perkhidmatan. Melekit-lekit pergi beli air. Saat paling hitam dalam sejarah hidup.”
Begitu juga dengan Azwanazmi yang memberitahu: “Lebuh Raya Pantai Timur keluar ke Gambang. Lepas solat Subuh masa itu dalam perjalanan nak pergi kerja. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929