fbpx

Etihad bakal destinasi baharu Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI mungkin akan membuat keputusan ke Etihad untuk kembali bergabung bersama Pep Guardiola yang pernah membimbingnya di Camp Nou. - AFP

LONDON – Kapten pasukan Argentina, Lionel Messi menjadikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City sebagai pilihan No. 1 selepas bergelar ejen bebas apabila dilepaskan Barcelona awal pagi tadi.

Sebagai rekod, Messi yang sudah tidak memiliki kontrak dengan skuad The Catalans gagal mencapai kata sepakat mengenai lanjutan kontrak selain kelab gergasi La Liga itu turut mengakui tidak mampu menawarkan gaji lumayan kepadanya.

Kini, pemain berusia 34 tahun itu mahu menjadikan City sebagai destinasi utama memandangkan dirinya sangat rapat dengan pengurus pasukan, Pep Guardiola yang pernah menjadi pengendali Barcelona sebelum ini.

Namun, City yang sebelum ini cukup serius untuk membawa Messi ke Stadium Etihad sudah menandatangani pemain sensasi England, Jack Grealish dengan rekod perpindahan EPL, £100 juta pound (RM587.46 juta).

Selain juara bertahan EPL itu, satu lagi pasukan yang mungkin menjadi destinasi Messi adalah kelab Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Cuma, pengurusan PSG perlu menjual beberapa pemain utama yang bergaji besar sekiranya berhasrat untuk menandatangani khidmat Messi sejajar dengan Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang ditetapkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Satu lagi kelab yang mampu menawarkan Messi kontrak lumayan adalah Manchester United meskipun corak permainan pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer tidak menepati citarasa Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI