fbpx

Cubaan bawa masuk anak pokok kayu putih gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anak pokok kayu putih yang dirampas Maqis di KLIA, Rabu lalu.

SEPANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk anak pokok kayu putih dari negara China bernilai RM11,700 menerima padah apabila ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu lalu.

Lelaki tempatan berusia 50-an itu ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada pukul 4 petang ketika pemeriksaan rutin dijalankan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Maqis dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki tersebut itu mendapati suspek membawa empat bagasi mengandungi 45,000 anak pokok kayu putih (Eucalyptus) dengan anggaran nilai RM11,700.

Anak pokok kayu putih.

“Siasatan lanjut turut mendapati anak pokok berkenaan adalah untuk ditanam di negeri Pantai Timur.

“Sehubungan itu, kesemua anak pokok berkenaan dirampas kerana gagal mengemukakan permit import dan sijil fitosanitasi,” katanya.

Menurutnya lagi, perbuatan mengimport apa-apa sahaja tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah atau mikroorganisma tanpa permit adalah salah mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan individu itu boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI