PETALING JAYA – Personaliti media sosial, Ameera Khan mendedahkan keluarganya kini senyap daripada sebarang berita kerana orang lain terlalu bising.
Menerusi satu sesi soal jawab (Q&A) dalam IG Story, Ameera, 21, ketika ditebak mengapa keluarganya senyap daripada sebarang isu hangat ketika ini, dia membalasnya dengan berkata: “Senyap sebab kalian bising.”
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan berkenaan pesanan kepada orang yang suka melabel seseorang ‘baik tak payah pakai tudung’, jawab Ameera bersahaja: “Terima kasih sebab selalu tegur, saya tahu kalian mahu yang terbaik buat diri saya. Saya sangat menghargainya.
“Tolong doakan suatu hari nanti, saya akan jadi seorang muslim yang lebih baik. Insya-Allah, satu hari saya akan menunjukkan contoh yang baik kepada wanita di luar sana. Izinkan saya berubah dengan perlahan-lahan.”
Menjawab soalan sama ada dirinya seseorang yang memaafkan dan melupakan, Ameera yang memiliki 1.4 juta pengikut dalam Instagram berkata, dia mudah memaafkan namun juga senang mengabaikan serta memutuskan hubungan.
“Saya orang yang begitu. Saya tak punya kudrat nak cakap apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka. Kalau seseorang cakap atau buat sesuatu yang salah, dia akan disekat dan keluar dari hidup saya,” tulisnya.
Ameera turut mendedahkan dalam sesi Q&A berkenaan yang Neelofa adalah artis Malaysia kegemarannya, sementara seorang lagi kakaknya iaitu Noor Nabila merupakan adik-beradik yang paling bekeng (garang). Malah ibunya pula, Noor Kartini adalah idolanya.
Selain itu, turut mencuri tumpuan ramai apabila pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol dilihat saling berbalas komen dengan Ameera dalam Instagram sekali gus menebarkan desas-desus sama ada wujud bibit cinta antara mereka.
Baru-baru ini, Jefri telah memuat naik sekeping foto hitam putih dengan tertera kapsyen yang ditujukan untuk seseorang.
“Posting this because she loved this one (muat naik ini kerana dia sukakannya),” tulis Jefri.
Ameera kemudian dilihat menitipkan kata-kata yang mengundang pelbagai pertanyaan umum dalam ruangan komen hantaran status berkenaan.
“My favourite person (orang kegemaran saya),” tulisnya yang turut meningggalkan emoji berbentuk hati.
Malah, komen seorang pelakon Indonesia, Adipati yang bertanya tentang siapakah gerangan yang memberi tanda ‘like’ foto tersebut menerima respons daripada netizen apabila ada yang memetik nama Ameera. – K! ONLINE