fbpx

Akta MKN berperlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memuktamadkan persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memutuskan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, adalah berperlembagaan.

Demikian keputusan majoriti 5-2 panel tujuh hakim ketika menjawab secara negatif beberapa persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Presiden PKR itu berhubung keabsahan akta MKN.

Hakim-Hakim Puan Sri Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd. Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang mencapai keputusan majoriti.

Mereka berpuas hati bahawa persoalan undang-undang yang dibangkitkan itu kini akademik dan bersifat hipotetikal.

Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan minoriti bersama-sama Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, memihak kepada Anwar.

Hakim Zaleha ketika membacakan penghakimannya kira-kira sejam 45 minit turut memerintahkan agar saman pemula Anwar dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk dilupuskan, selaras dengan keputusan hari ini.

Dalam prosiding itu, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai sepasukan peguam mewakili Anwar manakala Peguam-Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan serta S. Narkunavathy bagi pihak MKN dan kerajaan.

Mahkamah mendengar semula rujukan perlembagaan itu selepas membenarkan permohonan semakan Anwar untuk mengetepikan keputusan majoriti satu panel lain pada 11 Februari tahun lalu yang enggan menjawab persoalan Perlembagaan berhubung keabsahan akta tersebut.

Panel tersebut enggan menjawab persoalan Perlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai Akta MKN selepas berpuas hati kewujudan akta itu tidak mengganggu kehidupan peribadi Anwar.

Keputusan minoriti pula berpendirian, MKN tidak berperlembagaan kerana ia tidak digubal mengikut keperluan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan yang tidak memihak kepadanya, Anwar kemudian memfailkan semakan pada 7 April tahun lalu atas alasan wujud ketidakadilan yang serius kerana panel itu membuat keputusan bahawa saman pemulanya di Mahkamah Tinggi dibatalkan tanpa perlu didengar.

Saman pemula itu difailkan pada 2016 untuk mencabar keabsahan Akta MKN dengan mendakwa pelaksanaannya tidak berperlembagaan dan menamakan MKN serta kerajaan selaku defendan.

Pada 14 Mac 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anwar mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan Perlembagaan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI