fbpx

Agensi mohon tarikh ke Tanah Suci diumum lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA tersenarai antara 49 buah negara yang diberikan kelulusan bagi tujuan pelancongan termasuk umrah bermula 1 Ogos lalu.

PETALING JAYA – Kerajaan diminta membuat pengumuman berhubung tarikh umat Islam di negara ini dibenarkan menunaikan umrah sekurang-kurang dua bulan lebih awal.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif PDC Travel Sdn. Bhd., Rosli Talib berkata, perkara itu penting bagi membolehkan persiapan rapi dapat dilakukan oleh semua pihak.

“Persiapan dan persediaan ini bukan sahaja perlu dibuat oleh agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah, tetapi juga bakal jemaah.

“Pelbagai persiapan perlu dilakukan termasuk pihak agensi perlu ke Tanah Suci terlebih dahulu untuk meninjau keadaan di sana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan umat Islam Malaysia dijangka dapat kembali menunaikan ibadah umrah selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd., Sharizan Mohd. Saad pula berkata, pengumuman awal itu amat penting memandangkan urusan umrah ketika pandemik Covid-19 adalah berbeza berbanding musim-musim sebe­lumnya.

“Mungkin ada peraturan baharu perlu dipatuhi, jadi pihak agensi pelancongan perlu memastikan prosesnya berjalan lancar demi keselesaan para jemaah,” katanya.

Jelas Sharizan lagi, perbinca­ngan juga perlu diadakan de­ngan pihak berkaitan termasuk syarikat penerbangan dan perhotelan.

“Kesemua proses ini mengambil masa. Justeru pengumuman awal diperlukan supaya semua pihak dapat memastikan proses umrah tidak berdepan kesulitan,” kata beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI