fbpx

40 rider tersadai tunggu pesanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan suasana di pekarangan restoran makanan segera tersebut, hari ini.

PETALING JAYA – Lebih 40 rider daripada beberapa syarikat penghantar makanan terpaksa menunggu hampir dua jam bagi mendapatkan pesanan di restoran McDonald’s Taman Connaught, Cheras hari ini.

Menurut perkongsian seorang rider, dia sendiri terpaksa menunggu pesanan kira-kira satu jam 30 minit bersama rakan-rakan yang lain.

“McDonald’s Taman Connaught sekarang, tersidai. Ramai rider Foodpanda, GrabFood. Lebih 40 rider menunggu, apa sudah jadi?,” katanya menerusi rakaman yang dimuat naik di laman YouTube Angah Official hari ini.

Dapat dilihat menerusi rakaman tersebut juga adalah kelibat beberapa anggota polis yang mengawal pintu masuk ke restoran berkenaan.

Difahamkan, masalah tersebut berlaku apabila cawangan restoran tersebut menerima terlalu banyak pesanan, sekali gus menyebabkan kelewatan ia disiapkan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI