PUTRAJAYA – Kes harian negara masih tertinggi melepasi angka 20,000 dengan 20,889 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,224,595 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan 8,792 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (2,483 kes), Kedah (1,371 kes), Sabah (1,291 kes) dan Johor (1,275 kes).
“Seterusnya, Negeri Sembilan (986 kes), Kelantan (938 kes), Pulau Pinang (776 kes), Sarawak (652 kes), Perak (624 kes), Pahang (610 kes), Melaka (491 kes), Terengganu (460 kes) dan Putrajaya (122 kes).
“Labuan dan Perlis pula masing-masing merekodkan sembilan kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929