fbpx

10 tukun tiruan dilabuhkan di Pantai Kemasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Saripudin (tengah) ketika meninjau kerja-kerja melabuhkan tukun tiruan di perairan Pantai Kuala Kemasin, dekat sini.

BACHOK – Sebanyak 10 unit tukun tiruan bernilai RM 300,000 ditempatkan di lokasi sekitar 8.7 kilometer dari Pantai Kuala Kemasin di sini sebagai usaha untuk menjadikan kawasan itu lubuk baharu bagi kawasan tangkapan ikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, tukun tiruan yang dilabuhkan dengan kedalaman 15.4 meter itu akan dijadikan sebagai lokasi dan destinasi kunjungan pemancing tidak lama lagi.

Katanya, tukun tiruan yang diperbuat daripada simen itu mampu membentuk ekosistem dasar laut sebagai lubuk ikan yang memberi hasil kepada nelayan pantai dan pemancing.

“Usaha yang dilaksanakan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan turut berfungsi sebagai santuari yang menyediakan kawasan pembiakan atau nurseri untuk ikan dan lain-lain hidupan marin.

“Tukun tiruan ini juga menjadi pelindung habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikanan dan bencana alam. Pembinaan tukun tiruan turut menjadi elemen benteng penahanan ombak dan arus deras bagi mengawal hakisan pantai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Membina Tukun Tiruan di Pantai Bachok di sini semalam.

Mengulas lanjut, menurut Tuan Mohd. Saripudin, lokasi itu juga akan dijadikan sebagai destinasi agro pelancongan untuk aktiviti perikanan rekreasi, selam skuba termasuk tempat kajian dan penyelidikan saintifik.

Katanya, berdasarkan pemerhatian dan kajian, lokasi tukun tiruan dijadikan hidupan laut sebagai tempat yang paling selamat untuk membiak kerana bebas daripada zon pukat tunda. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI