fbpx

WHO gesa negara kaya tangguh program vaksin penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ghebreyesus meminta negara-negara berpendapatan tinggi agar menyumbangkan dos-dos vaksin kepada negara-negara dunia ketiga. – WHO

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara-negara berpendapatan tinggi agar menghentikan rancangan untuk memberikan vaksin penggalak Covid-19 kepada penduduk yang telah menerima dua dos lengkap, lapor laman berita United Press International semalam.

Ketua Pengarahnya, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang akhbar di Geneva berkata, negara-negara kaya sebaliknya diminta  menyumbangkan vaksin kepada negara dunia ketiga yang mengalami masalah kekurangan vaksin.

Menurutnya, sasaran WHO adalah untuk sekurang-kurangnya 10 peratus  populasi setiap negara din dunia menerima suntikan vaksin  menjelang akhir September ini.

“Lebih empat bilion dos vaksin Covid-19  telah diberikan di peringkat global.

“Daripada angka ini, lebih 80 peratus melibatkan negara kaya meskipun negara-negara ini merangkumi  kurang  separuh populasi dunia,” katanya.

Menurut Tedros, negara kaya seperti Amerika Syarikat dan Britain telah memberikan hampir 100 dos vaksin bagi setiap 100 penduduk berbanding angka dua dos vaksin bagi setiap 100 penduduk di negara-negara membangun.

Tambahnya, negara-negara kaya anggota Kumpulan 20 (G20) memainkan peranan penting kerana G20  menghasilkan, membekalkan dan menyumbangkan bekalan vaksin yang banyak.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa situasi pandemik ini bergantung kepada kepimpinan  G20,” ujarnya. 

Selain itu, WHO turut menyasarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada 40 peratus populasi global menjelang Disember ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI