fbpx

Wany Hasrita nasihat tengok picagari sebelum, semasa, selepas disuntik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku, Wany menasihatkan orang ramai agar melihat dengan teliti picagari yang mengandungi vaksin sebelum, semasa dan selepas proses suntikan dilakukan.

PETALING JAYA – Disebabkan terdapat penerima vaksin mendakwa disuntik dengan picagari kosong sewaktu menerima vaksin, penyanyi Wany Hasrita menasihatkan orang ramai supaya melihat picagari ketika proses suntikan dilakukan petugas kesihatan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat dalam Instagramnya, Wany, 29, menitipkan pesanan supaya orang ramai memandang picagari ketika proses suntikan dilakukan semasa dan selepas mendapatkan vaksin.

“Untuk mengelakkan apa-apa yang tidak diingini berlaku, sila pandang picagari anda sebelum, semasa dan selepas disuntik,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, pelantun lagu Menahan Rindu itu turut berkongsi bahawa dia telah mendapatkan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), Kuala Lumpur semalam.

Sekadar info, sebelum ini tular beberapa kes apabila penerima vaksin mendakwa mereka disuntik picagari kosong oleh petugas kesihatan.

Ekoran aduan tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataannya kepada media berkata, kes picagari kosong ketika memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima berlaku mungkin disebabkan petugas kesihatan yang terlibat berada dalam keletihan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI