fbpx

Sweden, Kanada meminta pinda jadual perlawanan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWEDEN bakal turun menentang Kanada pada perlawanan akhir untuk merebut pingat emas dalam acara bola sepak wanita pada saingan Olimpik kali ini. - AFP

TOKYO – Pasukan bola sepak wanita Sweden dan Kanada meminta jadual aksi final bola sepak wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 dipinda ekoran cuaca panas.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pukul 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) esok di Stadium Olimpik di mana suhu dijangka akan mencecah sehingga 30 darjah Celsius.

Jurulatih Sweden, Marika Domanski Lyfors berkata, dia sudah membuat surat rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan perkara tersebut.

“Saya sendiri menghubungi dan membuat surat kepada FIFA berkenaan isu ini.

“Kesihatan para pemain perlu diutamakan dan disebabkan itu kami meminta untuk jadual perlawanan itu diubah.

“Ia memberi kesan besar mengenai jadual perlawanan ini. Kami terdedah kepada bahang dan panas cuaca,” katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Sweden bersama Persatuan Bola Sepak Kanada turut mengemukakan surat rayuan supaya pindaan jadual itu dilakukan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bagi menyelesaikan perkara tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI