fbpx

Siti Sarah belum stabil, bernafas guna mesin – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sarah yang masih belum stabil dan berada di hospital kini.

PETALING JAYA – Pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil dan terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan hingga kini.

“Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okey.

“Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” tulisnya sambil berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Sarah.

Pada hantaran berbeza, pelantun lagu Kesetiaan itu turut memuat naik beberapa foto dalam InstaStory sambil meluahkan kerinduan terhadap anak-anaknya.

“Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,” katanya.

Petang semalam Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka disahkan positif wabak maut tersebut.

Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin semalam, namun mengalami batuk dan sesak nafas sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans petang semalam.

Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI