fbpx

Selangor tubuh SUKA bantu program Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Siti Mariah Mahmud

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) dalam membantu dan menjalankan program berkaitan kesihatan awam di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, sukarelawan yang terpilih akan dilatih secara berkala dengan modul-modul bertemakan pandemik Covid-19.

“Ini termasuk ujian Covid-19 di rumah, pengurusan dan tatacara pemeriksaan pesakit serta latihan penggunaan ‘Home Assessment Tools’ (HAT) dalam aplikasi SELangkah. Selain itu, mereka akan menjalani siri latihan percuma yang akan dikendalikan oleh agensi atau pertubuhan berdaftar berkelayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menyediakan nilai tambah kepada program sukarelawan berkenaan dengan menerima manfaat Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dan kit sukarelawan.

Mereka yang berminat untuk menyertai sukarelawan itu boleh memohon menerusi pautan https://bit.ly/SUKA2021. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI