NAMA Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi bualan netizen selepas muncul dengan produk terbaharunya iaitu sejadah.
Biarpun menjual produk yang begitu ‘murni’, namun nama ‘sejadah doa makbul’ jualannya dipertikaikan ramai.
Dijual pada harga RM60 sehelai, ramai yang mengecam Vida kerana menggunakan nama yang boleh mendatangkan kekeliruan ramai.
“Kenapa sejadah dia doa makbul? Sejadah lain tak makbul ke?” soal seorang pengguna Twitter.
Dalam masa sama, ramai juga yang mempertahankan produk usahawan kosmetik sensasi tersebut.
“Nak tanya, salahkah menjual sejadah? Mungkin itu cara untuk galakkan orang ramai untuk beribadah,” komen seorang lagi netizen.
Lebih teruk ada juga yang melabel Vida sebagai penunggang agama.
Difahamkan, sejadah tersebut dilancarkan kerana Vida terlalu rindu untuk menatap Kaabah.
“Cara saya nak lepaskan rindu ialah dengan lancarkan sejadah yang diinspirasikan daripada pintu Kaabah, Hajarul Aswad dan Kiswah di Masjidil Haram,” tulis Vida dalam Instagramnya.
MIZZ LAHAR: Tetap bangga dengan kejayaan atlet-atlet Malaysia yang bertanding dalam Olimpik Tokyo.