fbpx

Rihanna berstatus bilionair, pemuzik wanita terkaya dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIHANNA

MOGUL kosmetik Fenty Beauty yang juga penyanyi terkenal, Rihanna kini merupakan pemuzik wanita paling kaya di dunia dengan nilai aset bersih berjumlah AS$ 1.7 bilion (RM 7.14 bilion).

Lapor majalah Forbes, Rihanna merupakan penghibur kedua terkaya di dunia selepas personaliti televisyen terkemuka dunia, Opray Winfrey.

Ironi, bukan muzik yang membuatkan dirinya hidup dalam kemewahan berlipat ganda tetapi perniagaan kosmetiknya Fenty Beauty yang menyumbang AS$ 1.4 bilion (RM 5.8 bilion) nilai kekayaannya sekarang.

Kekayaan tersebut adalah keuntungan bersih yang diperolehi Rihanna yang kebanyakannya hasil pendapatan daripada jualan produk Fenty Beauty, yang dimiliki bersama label mewah, LVMH.

Menurut Forbes, daripada nilai keuntungan syarikat yang disebutkan itu, Rihanna atau nama lengkapnya, Robyn Rihanna Fenty, 33, memiliki separuh atau 50 peratus daripadanya.

Itu belum ditambah nilai asetnya dalam satu lagi syarikat miliknya Savage X Fenty yang dianggarkan bermilai AS$ 270 juta (RM 1.1 juta) termasuklah pendapatannya dalam kerjaya seni sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

Tahun lalu, pelantun lagu Umbrella itu diumumkan majalah Forbes sebagai wanita terkaya ‘self made’ di Amerika Syarikat (AS) dengan kekayaan bersih menjangkau sebanyak RM2.4 bilion.

Kategori ‘self made’ adalah gelaran yang diberikan kepada figura yang memiliki kekayaan atau aset melalui hasil usaha mereka sendiri, bukan daripada warisan atau kekayaan keluarga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI