fbpx

Peminat dah panggil Neelofa, ‘mommy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Neelofa semasa aktiviti pengagihan bantuan bersama Haris baru-baru ini mencuri perhatian.

TAHUN ini sahaja, nama Neelofa tidak terhapus dari radar sensasi ‘seisi alam’.

Bermula dengan kisah perkahwinannya, kisah langgar prosedur operasi standard (SOP) dan terbaharu semakin hebat pula dakwaan ramai tentang status kehamilannya yang masih dizip kemas daripada terbocor ke pengetahuan umum.

Paling mendapat perhatian ialah foto-foto dimuat naik suaminya, Haris Ismail yang memaparkan isterinya itu turut turun padang menyertai aktiviti bantuan kepada golongan memerlukan.

Bukan itu subjek utamanya tetapi kemunculan Neelofa lah yang diperhatikan. Ramai sibuk ‘zoom’ bahagian perut dan mata tajam memerhati bentuk fizikal bekas pengacara MeleTOP itu.

Dalam ruangan komen, hampir 80 peratus netizen memperkatakan kehamilan dan seri wajah ibu mengandung sudah ketara di wajah Neelofa.

Memang ketara dan wajahnya semakin berseri-seri walaupun terlindung di balik niqab.

Ada pula yang mengandaikan usia kandungan Neelofa kini antara tiga hingga empat bulan dan membahasakan wanita cantik kelahiran Kelantan itu sebagai ‘mommy’.

“Alhamdulillah mengandung.

“Dijangka dalam tiga atau empat bulan (usia kandungan) agaknya. Masih boleh ‘cover’ (sorok),” komen seorang pengikut Instagram Haris.

Selain itu, ada juga yang memerhatikan tangan dan aksi Neelofa yang berjaket sebagai cubaan menyembunyikan bahagian perut dan fizikal semakin berisi.

Walaupun tuan punya badan masih diam membisu 1,001 perkataan, netizen sudah tidak sabar untuk melihat Neelofa dan Haris junior.

MIZZ LAHAR: Tumpang pening tengok suasana politik negara yang semakin beranak-pinak kecelaruannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI